pages

Sunday, October 31, 2010

Saat-saat terindah 2010

 Assalamualaikum

Coretan suka dan duka sepanjang menjalani latihan di gelanggang IPDA banyak memberikan kenangan seribu satu rasa buat ahli Gayong IPDa. Ada yang suka, Excited, bosan dan penat lelah sudah sebati dalam jiwa seGayong. Tetapi semua kenangan sepanjang tahun ini memberikan kenangan paling tidak boleh dilupakan di mana ada yang bakal menyambung tugas ke tempat lain demi berbakti kepada anak bangsa.


suram tapi gempak

Walaupun begitu, mereka ini sangat bertuah kerana memperoleh ilmu yang sangat bermanafaat serta kekuatan yang luar biasa sepanjang mengikuti latihan ini. Ada juga yang terpaksa berhenti kerana telah kembali keRahmatullah dan juga sebahagian daripada mereka tidak dapat meneruskan perjuangan akibat daripada kekangan-kekangan masa.

sentiasa ceria and happening

Namun begitu, semangat perjuangan dan tidak pernah kenal erti jemu dan lelah, ada yang masih setia mengikuti demi memartabatkan seni Warisan Melayu. Setia kawan yang tersemai di salam jiwa mereka amatlah dikagumi dan akan dikenang sehingga akhir hayat. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa dan pengorbanan putera dan puteri

ada style and macho

Syabas kepada ahli Gayong yang yang sentiasa memperjuangkan warisan seni. ' Takkan Melayu hilang didunia'. Alhamdulillah..

pahit tapi manis


serikandi yang cool


Apa yang tersurat dan tersirat, semuanya datang daripada Allah, kita sebagai hamba, hanya mampu merancang... Semoga jalinan antara kita akan kekal hingga ke ahirat.. Insya Allah..

 bersama abg firdaus, jurulatih

Semoga, segala ilmu yang diperoleh, diberkati oleh Allah taala..
Salam Se -Gayong

No comments: