pages

Wednesday, May 19, 2010

Sebagai manusia, aku sayang padamu

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai,

tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan

dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.



Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, 

Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti

kasih sayang. & Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra?

Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain

lebih baik dari jika 

diberitahu pun tidak dihiraukan.  



Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka 

mengambil tahu walaupun satu perkara.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia

benar-benar terasa.

bak kata Khalifah Abdul Malik, semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,

merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, 

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap 

adil ketika kuat..

Jadi, Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.


apabiala kita mengasihi org yang bayak berbudi, gembirakanlah dia sebagaimana dia telah

menyenangkan kita..


"takkan Melayu hilang didunia"

~silat itu sebahagian daripada Islam, jika kita buang silat,bermakna kita membuang Islam~

semoga ukhuwah kita kekal hingga ke akhirat

Jumpa semester depan!!







.


Thursday, May 13, 2010

09hb 05 2010

Aik?? tarikh ape tu?mesti ramai yang tertanya-tanya..hehehehe...tarikh keramat ini ialah tarikh dimana ank-anak Gayong berjaya dan selamat lulus ujian kenaikan bengkong. Alhamdulillah..
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya..diharapkan usaha-usaha kalian mendapat Barakah..kita hadir untuk menuntut ilmu didada..tambahan pula,ilmu yang kita peroleh memanfaatkan kita bersama..orang kate,jangan harap luaran je comel, tetapi sakit didalam..maknanya?
jangan sangka,muka yang cantik itu punya ilmu dan juga sihat tubuh badan...ngee~~




kepada ahli yang berjaya, tahniah diucapkan kerana memberikan komitmen yang terbaik..semoga apa yang kita kecapi sehingga hari ini,haruslah kita syukuri..besederhana itu amalan yang mulia..ia menjadi cukup indah jika kita tidak membangga diri..oleh itu,hargailah setiap yang kita ada..dan berilah komitmen yang terbaik kepada setiap perhubungan yang kita jalinkan..semoga ukhuwah kita sentiasa deberkati oleh Allah Subhanahuwata'ala...insyaAllah..