pages

Wednesday, May 19, 2010

Sebagai manusia, aku sayang padamu

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai,

tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan

dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.



Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, 

Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti

kasih sayang. & Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra?

Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain

lebih baik dari jika 

diberitahu pun tidak dihiraukan.  



Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka 

mengambil tahu walaupun satu perkara.

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia

benar-benar terasa.

bak kata Khalifah Abdul Malik, semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,

merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, 

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap 

adil ketika kuat..

Jadi, Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.


apabiala kita mengasihi org yang bayak berbudi, gembirakanlah dia sebagaimana dia telah

menyenangkan kita..


"takkan Melayu hilang didunia"

~silat itu sebahagian daripada Islam, jika kita buang silat,bermakna kita membuang Islam~

semoga ukhuwah kita kekal hingga ke akhirat

Jumpa semester depan!!







.