pages

Sunday, February 28, 2010

Cikgu Majid Mat Isa
majid1
Sejarah penglibatan Cikgu Abdul Majid Mat Isa dalam Silat Gayong bermula pada bulan20hb Jun 1956 ketika beliau berusia 18 tahun di bawah tunjuk ajar Meor Abdul Aziz, abang kandung Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim.
Antara yang turut serta ialah Abdul Hamid, Abdul Rahman (abang Cikgu Abdul Majid) dan orang-orang kampung seramai 14 orang. Seterusnya gelangang tersebut dikelolakan oleh Ismail Mansur dari Pulau Pinang. Setelah enam bulan berlalu, gelanggang tersebut diambil alih pula oleh Kamari Melan dari Singapura.
Semasa Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar melawat ke gelanggang tersebut, persembahan Abdul Majid bersama dua rakan pelatihnya Ramli Ibrahim dan Ramli Maarof telah mengkagumkan kedua-dua pelawat tersebut. Bertolak dari lawatan tersebut, Dato’ Onn telah meeminta Abdul Majid dan dua rakanya itu untuk mengikuti kursus lanjutan Seni Silat Gayong di Gelanggang Gayong Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Beliau juga turut berlajar daripada Dato’ Meor Abdul Rahman, ayahandanya Daeng Uda Mohd Hashim serta Tuan Guru Hj Hussein Dol.
Setelah genap setahun, Abdul Majid diarahkan kembali ke Kedah kerana diamanahkan oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia untuk mengembangkan silat tersebut ke seluruh negeri Kedah.
Dari asuhan Cikgu Abdul Majid lahirlah kumpulan jurulatih handalan tanahair seperti Cikgu Awang Daud, Cikgu Ismail Chik, Cikgu Ahmad Lazim, Cikgu Adiwijaya dan Cikgu Ahmad Ismail.
Pada awal tahun 1960, Cikgu Abdul Majid, sekali lagi ke Singapura menjalani latihan seni senjata di bawah bimbingan Cikgu Nordin Abdul Rahman. Turut mengajar ialah Cikgu Siti Aishah Meor Abdul Rahman, anak perempuan Dato’ Meor Abdul Rahman yang pakar bermain kain ‘cindai’.
Pada tahun 1978, akibat daripada pergeseran di kalangan ahli-ahli Silat Gayong, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menarik jawatan Guru Kanan Tertinggi daripada Cikgu Abdul Majid.
Pada tahun 1978 juga, beliau telah mengasaskan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Thursday, February 11, 2010

Lirik Lagu Rasmi PSSGM

Dengan Bismillah mula dikata
Mengingati kebesaran Allah yang Mulia
Kerana wajib telah ternyata
Segala perbuatan mahulah diserta
Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan aneka hikmat mulia
Rahsia tersimpan dipurbakala
ilham menyusul zahir semula
Niatnya bersih, baunya suci
Berseni kepada Putera dan Puteri
Agama yang Mulia dijunjung tinggi
Belalah bangsa adat dan negeri

chorus
 
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
Sama sendiri bantu membantu
Selamat Sejahtera hajat dituju
Gayong bercantum bersatu padu
Mengingat junjungan empunya seru
sama sendiri bantu membantu
Selamat sejahtera hajat dituju

Tuesday, February 2, 2010

sIlAt sEnI GaYoNg Ipda

pada 24 Januari 2010,bermulalah latihan silat seni di ipg kampus Darulaman..
seperti biasa kehadiran pelatih amat memuaskan..
pelantikan ahli jawatankuasa baru telah di tetapkan.
pengerusi silat kita ialah Amzar Naqiuddin..
diharapkan latihan silat pada tahun ini menyeronokkan disamping pahlawan-pahlawan dan serikandi-serikandi silat memeriahkan agenda kita..
semoga ikatan ukhuwah yang terjalin antara kita adik beradik silat di rahmati Allah Ta'ala
InsyaAllah..=)